
11 Tempat Menarik Di Cameron Highlands
Ladang Teh Cameron Valley (Ladang Teh Bharat)
Cameron Highlands terkenal dengan ladang teh yang meliputi kawasan bukit bakaunya. Jadi, anda memang wajib berkunjung ke ladang teh semasa bercuti di sini. Kalau tak, memang rugi. Salah satu ladang teh yang utama disini ialah Ladang Teh Bharat. Ia merupakan pengeluar teh kedua terbesar di Cameron Highlands. Lokasinya terletak hanya sekitar 5 km sebelum Tanah Rata.
Ladang Teh BOH
Selain Ladang Teh Bharat, anda juga wajib berkunjung ke Ladang Teh BOH. Ladang teh ini menawarkan pemandangan hijau segar yang terbentang luas. Sejuk mata memandang!
Ladang Teh BOH adalah ladang teh terbesar dan tertua di Malaysia. Untuk pengetahuan anda, disinilah kilang teh BOH yang pertama dibina iaitu pada sekitar tahun 1930-an.
Kebun Teh Sungei Palas
Kebun Teh Sungei Palas merupakan sebahagian daripada ladang teh BOH yang ditubuhkan pada tahun 1929 oleh J.A. Russell, seorang usahawan British.
Sama seperti ladang teh yang lain, ia juga menawarkan pemandangan yang pemandangan indah ladang teh di atas bukit.
Ladang Strawberi
Selain ladang teh, Cameron Highlands juga terkenal dengan ladang strawberinya yang luas sama ada di Tanah Rata, Brinchang, mahupun Ladang Kea. Geografi tanah tinggi dengan iklim dan cuaca yang sejuk. menjadikannya salah satu pusat penanaman strawberi yang utama di Malaysia.
Di ladang-ladang strawberi ini, anda berpeluang untuk mengutip buah strawberi dan merasai buah strawberi yang anda kutip. Seronok sangat!
Berikut ialah antara ladang strawberi yang ada di Cameron Highlands:
- Big Red Strawberry
- Kok Lim Strawberry
- Ark Strawberries
- EQ Strawberry
- Healthy Strawberry
- Kasimanis Strawberry
- Abang Strawberry
Mossy Forest
Mossy Forest adalah merupakan salah satu ‘hidden gems’ yang terdapat di Cameron Highlands. Anda boleh terokai hutan yang unik dan mempesonakan ini di tanah tinggi Gunung Brinchang, iaitu puncak kedua tertinggi di Cameron Highlands.
Hutan ini terletak pada kedudukan tinggi 2,032 meter dari aras laut dan dipenuhi dengan lumut, orkid liar, pakis serta tumbuhan unik lain. Pengunjung boleh meneroka hutan ini melalui laluan pejalan kaki yang disediakan. Untuk memudahkan penerokaan anda, sertai lawatan bersama pemandu arah profesional.
Taman Lavender Cameron
Taman Lavender Cameron adalah sebuah tempat yang sangat indah terutamanya bagi pencinta bunga. Ia terletak lebih Kurang 10 km daripada pekan Brinchang dan sangat mudah diakses.
Cactus Valley
Cactus Valley juga merupakan salah satu tempat menarik di Cameron Highlands yang anda wajib singgah. Ia terletak di lereng bukit yang menghadap ke pusat bandar Brinchang.
Selain kaktus, Cactus Valley juga menempatkan pelbagai jenis bunga dan tumbuhan hiasan lain. Pengunjung boleh menikmati keindahan bunga ros, orkid dan pelbagai bunga tropika lain.
Sekiranya anda berminat nak beli kaktus dan jadikan sebagai ole-oleh pun boleh. Semuanya comel-comel belaka!
Taman Flora Cameron
Hah, ini satu lagi tempat menarik untuk pecinta bunga. Taman Flora Cameron ini terletak di Ladang Kea, sebuah kawasan pertanian di Cameron Highlands. Anda boleh saksikan pelbagai jenis bunga-bunga tumbuh mekar dengan indahnya di taman ini. Memang cantik sangat!
Taman Rama-Rama
Taman Rama-Rama ini juga terletak di Ladang Kea di Brinchang. Dah pergi Taman Flora Cameron, bolehlah singgah ke taman ini.
Seperti namanya, di taman ini terdapat pelbagai jenis rama-rama yang terbang bebas. Bukan itu sahaja, sudah pasti ada bermacam-macam jenis bunga juga ditanam disini sebagai habitat untuk rama-rama.
Pasar Pagi – Kea Farm Market
Selain melawat Taman Flora Cameron dan Taman Rama-Rama, pastikan juga anda singgah ke Kea Farm Market. Semuanya berdekatan sahaja.
Kea Farm Market ini memang sesuai untuk anda bawa anak-anak bagi merasai pengalaman melihat kehidupan warga tempatan kerana kebanyakan penjual terdiri daripada petani yang menjual hasil tanaman mereka sendiri.
Untuk pengetahuan anda lagi, pasar ini adalah merupakan salah satu pasar terbesar di Cameron Highlands. Di pasar ini, anda boleh dapatkan pelbagai pilihan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Selain itu, ada juga snek seperti jagung kukus, aiskrim buatan sendiri dan ubi keledek goreng yang dijual.
Jangan lupa gunakan kemahiran tawar-menawar anda untuk dapatkan harga terbaik. Semakin anda bijak menawar, semakin murah harga yang anda dapat!
The Sheep Sanctuary
Setelah selesai menerokai Pasar Pagi – Kea Farm Market, jangan lupa juga singgah ke Sheep Sanctuary pula. Anda boleh lihat papan tanda besar dengan kartun kambing biri-biri terpacak tinggi di kawasan masuknya. Lokasinya pun sangat berdekatan dengan Kea Farm Market.
The Sheep Sanctuary ini menempatkan berpuluh-puluh kambing biri-biri yang gebu dan comel. Alpaca pun ada!
Anda boleh memberi makan, membelai dan juga bermain bersama kambing biri-biri dan alpaca yang ada disini. Kambing biri-biri dan alpaca di sini ada yang diletakkan dalam kurungan dan ada juga yang bebas berjalan di ruang kawasan yang ada.
Recent Posts
Li River Guilin China
Eight Tips For Preparing To Visit Japan
TIPS TO AVOID UMRAH SCAMS
All Categories

Thailand
