
Tips membeli tiket penerbangan murah
Menjadi rutin sebelum kita merancang percutian luar negara/negeri, mesti kita membuat ‘survey’ harga tiket penerbangan. ‘Survey’ ini penting kerana ia menentukan berapa banyak bajet yang akan di peruntukkan. Berikut adalah tips Membeli Tiket Penerbangan Murah sebagai rujukan dan panduan untuk anda
1) Tempah Pada Hari Selasa atau Rabu
Hari Selasa dan Rabu dianggap waktu terbaik untuk membeli tiket kerana kebanyakan syarikat penerbangan mengemaskini harga pada Selasa malam. Ini mengambil kira kebiasaan orang ramai yang hanya mencari tiket pada hujung minggu.
2) Beli Awal, Tapi Jangan Terlalu Cepat
Tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari sebelum tarikh penerbangan. Biasanya, tiket awal lebih murah kerana syarikat penerbangan menetapkan kuota tertentu untuk harga promosi. Semakin lambat anda beli, harga tiket berpotensi menjadi lebih mahal.
3) Pilih Hari Penerbangan Yang Kurang Sibuk
Terbang pada hari Selasa atau Rabu boleh menjimatkan kerana kurang permintaan berbanding hari-hari sibuk seperti Jumaat dan Ahad.
4) Perhatikan Tawaran Terbaik Untuk Penerbangan Antarabangsa
Tawaran murah untuk penerbangan luar negara biasanya muncul antara 11 hingga 12 minggu sebelum tarikh perjalanan. Rajin semak harga dalam tempoh ini untuk dapatkan penjimatan.
5) Mendarat Di Lapangan Terbang Alternatif
Cuba pilih lapangan terbang kecil berdekatan destinasi utama. Misalnya, jika ke London, mendarat di Manchester dan sambung perjalanan ke London boleh menjadi pilihan lebih murah daripada terus ke Heathrow.
6) Padam ‘Cookies’ Browser
Sebelum membuat tempahan, pastikan anda padam cookies pada peranti. Cookies boleh menyebabkan harga tiket kekal tinggi kerana sistem mengesan anda pernah melawat laman web tersebut.
jangan tinggalkan tips membeli tiket penerbangan murah jika anda merancang percutian. Lebih mudah anda dapatkan khidmat nasihat PERCUMA & pembelian tiket penerbangan pilihan anda dengan KOPETRO Travel!
Jangan Lupa untuk klik dan ‘Follow’ cerita kami di media sosial KOPETRO Travel & Tours, Facebook: www.facebook.com/kopetrotravel Instagram:Â www.instagram.com/kopetrotravel.
Ingin bercuti ke Turkiye’? Klik link www.kopetrotravel.com.my/booking/8d7n-ground-turkiye-classical-tour/
Recent Posts
Tips membeli tiket penerbangan murah
Li River Guilin China
Eight Tips For Preparing To Visit Japan
All Categories

Thailand
