5H4M Dalat Muine HoChiMinh

Duration

Tour Type

Overview

Pakej 5H4M Dalat Muine HoChiMinh oleh KOPETRO Travel. Dalat, Muine, dan Ho Chi Minh City masing-masing menawarkan pengalaman unik yang mempamerkan kepelbagaian landskap dan budaya Vietnam.

Dalat, yang dikenali sebagai “City of Eternal Spring,” terletak di tanah tinggi tengah dan menawarkan cuaca sejuk serta nyaman—sesuai bagi mereka yang ingin lari daripada cuaca panas Vietnam. Terkenal dengan seni bina kolonial Perancis, hutan pine yang menghijau, dan taman bunga yang berwarna-warni, Dalat sangat sesuai untuk pencinta alam.

Mui Ne pula menawarkan suasana berbeza sebagai bandar pesisir pantai berhampiran Phan Thiet. Ia terkenal dengan bukit pasir merah dan putih, di mana pengunjung boleh mencuba sandboarding, menaiki kenderaan ATV, atau menikmati keindahan matahari terbit dan terbenam.

Akhir sekali, Ho Chi Minh City (Saigon) merupakan metropolis yang sibuk, menggabungkan pencakar langit moden dengan bangunan bersejarah. Bandar ini sentiasa hidup dengan pasar jalanan yang meriah, pusat membeli-belah moden, serta restoran eksklusif.

Tempah sekarang pakej 5H4M Dalat Muine HoChiMinh oleh KOPETRO Travel. Jangan lupa ikuti cerita kami di media sosial KOPETRO Travel & Tours:
Facebook: www.facebook.com/kopetrotravel
Instagram: www.instagram.com/kopetrotravel 

Jadual Penerbangan

Malaysia Airlines

MH 750 K.LUMPUR 0900 – SAIGON 1000

MH 759 SAIGON 1640 – K.LUMPUR 1940

Itinerary

Berkumpul di KLIA untuk menaiki penerbangan ke Ho Chi Minh dan bertolak ke Dalat. Tiba di Dalat.

• Membeli belah di Dalat Night Market yang terkenal di Dalat. Pasar malam ini dipenuhi dengan gerai berwarna-wami yang menjual pelbagai makanan ringan tempatan, buahan segar, pakaian dan cenderahati.

Bermalam di Dalat.

Lawatan di Dalat:

• Clay Tunnel: Dibina pada tahun 2010, terowong ini dipenuhi dengan ukiran struktur binaan menggunakan tanah liat. Peserta boleh melihat pelbagai ukiran unik seperti bentuk haiwan, kapal terbang, keretapi dan lain-lain.

• Mongoland: Rasai pengalaman “Mini Mongolia” di pergunungan Dalat, penuh spot foto Instagrammable, landskap hijau luas dan aktiviti mesra keluarga.Rasai pengalaman Rainbow Slide yang menyeronokkan – gelongsor warna-warni terbesar di Dalat, sesuai untuk semua peringkat usia.

• Datanla Waterfall: Rasai Alpine Coaster melalui hutan terus ke air terjun – pengalaman menyeronokkan dan mendebarkan yang pasti meninggalkan kenangan manis.

• Robinhill Cable Car: Menaiki cable car dari Robin Hill pada ketinggian sekitar 1,500meter dari aras laut. Peserta dapat menikmati pemandangan hutan pine dan bandar Dalat.

• Sepanjang perjalanan, para pelancong dapat menikmati pemandangan indah hutan pine serta panorama bandar Dalat dari udara yang memukau.

• Dalat Flower Garden: Taman bunga ini mempunyai keluasan 7000 meter persegi dan mempunyai lebih 300 spesis bunga hidup yang sangat cantik, menjadi destinasi wajib untuk mereka yang bercuti ke Dalat.

• Amiee Dalat: Membeli belah di sebuah kedai yang menjual pelbagai jenis pakaian Muslimah seperti telekung, tudung, kain ela dan jubah.

Bermalam di Dalat.

Lawatan di Muine:

• Mui Ne Sand Dunes: Tempat ini menjadi tarikan pelancong untuk bersantai dan menikmati pengalaman menaiki jeep atas pasir. Padang pasir ini memiliki dua kawasan terdiri daripada Bukit Pasir Merah dan Bukit Pasir Putih. Bukit Pasir Merah terkenal dengan pasir berwarna merah dan oren, menghasilkan landskap yang menyerupai padang pasir, manakala Bukit Pasir Putih pula lebih besar dan agak jauh dari bandar Mui Ne.

• Pulang ke Ho Chi Minh dan melalui kawasan Fisherman Village. Tempat ini merupakan kawasan persisiran laut yang menjual pelbagai jenis ikan dan hidupan laut yang lain.

• Bamboo Shop: Kedai seni yang memfokuskan pada produk kraftangan dari buluh dan kelapa seperti cawan, lampu, dan hiasan rumah.

Bermalam di Ho Chi Minh.

Tetamu bebas melakukan aktiviti sendiri seperti membeli-belah di pasar
Ben Thanh Market dan kawasan sekitar.
Lawatan tambahan:

• Sungai Mekong: RM 120 pp (Termasuk transport, tour guide, air mineral, lunch, boat, sampan, teh madu, buah-buahan. Tidak termasuk tipping naik sampan).

Bermalam di Ho Chi Minh.

• Membeli belah saat akhir di sekitar kawasan Ben Thanh Market.

• Disini juga terdapat jalan yang dikenali sebagai Malaysian Street yang menjadi tumpuan pelancong Malaysia. Jalan ini menjual pelbagai baju, kain, telekung, kain dan lain-lain. Selain itu, di jalan ini juga terdapat banyak restoran menjual makanan yang dijamin halal.

Bertolak ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang.

 

Note: Prices are based on foreign currency exchange rates in effect at the time of printing and subject to change due to currency fluctuation, fuel prices and/or unforeseen economic circumstances. Child w/extra bed 5-12y/o; No bed 2-4 y/o. Non-refundable deposit RM 1,000 per person to proceed booking.

Included

  • Tiket penerbangan kelas ekonomi termasuk surcaj minyak dan cukai penerbangan
  • Penginapan hotel bertaraf 3* sepanjang lawatan termasuk cukai bandar (city taxes)
  • Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam sepanjang lawatan mengikut aturcara
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin yang selesa
  • Perkhidmatan ketua rombongan dan pemandu pelancong yang professional
  • Tip pemandu pelancong dan pemandu bas persiaran
 

Excluded

    • Optional Tour: Sungai Mekong (RM 120)
    • Surcaj tambahan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah
    • Servis tambahan di hotel seperti snek, mini bar, dobi dan porter
    • Makan minum, tiket masuk lawatan dan tempat lawatan selain dari yang dinyatakan
    • Bayaran tambahan lebihan had bagasi penerbangan
    • Perkara lain selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara dan pakej termasuk
 

Related Tours

Tour Information

From

RM1790.00

Max Guests

20

Min Age

12

Tour Location

Last Minute Deals

9H7M CHENGDU & KEINDAHAN SICHUAN
4.6 by 3 reviews
  • Quality4.67
  • Location5
  • Amenities4.33
  • Services5
  • Price4

9H7M CHENGDU & KEINDAHAN SICHUAN

RM4990.00
Hotel Hard Rock Penang

Hotel Hard Rock Penang

RM550.00
5D4N Ground Madrid
4.6 by 3 reviews
  • Quality4.67
  • Location5
  • Amenities4.33
  • Services5
  • Price4

5D4N Ground Madrid

RM4563.00
5D4N Ground Bosnia Herzegovina
4.6 by 3 reviews
  • Quality4.67
  • Location5
  • Amenities4.33
  • Services5
  • Price4

5D4N Ground Bosnia Herzegovina