Tips- Tips persediaan untuk ke jepun

Negara Jepun, Sangat dikenali sebagai negara matahari terbit, sebuah negara yang terkenal dengan perkembangan pesat teknologi, budaya di amalkan antara yang terbaik didunia dan pasti mereka sangat ramah dengan orang tau.

 

Kadangkala kos sara hidup yang sangat tinggi, membuat kan kita berfikir 2x untuk kesana. almaklumlah harga barang disana agak mahal juga..tapi agak rugi jika kita tidak kesana. Ada tips2 yang praktikal boleh digunakan sebagai persediaan kesana

1) Plug 2pin Leper menegak dan power Voltage 100v

 

apa tu?

penggunaan plug elektrik di Jepun Sangat berbeza di malaysia ataupun di negara eropah lain (eropah menggunakan plug 2 pin bulat). Di jepun menggunakan Plug 2 pin berbentuk Leper menegak. Sebelum anda ke Jepun, anda boleh beli dahulu plug converter atau pun unversal adapter. boleh didapati mana2 kedai hardware atau pasaraya berdekatan.

 

Jangan berangan anda guna streka di jepun jika bawa dari malaysia, Rata2x penggunaan voltage di malaysia adalah 220-240 v, manakala di Jepun hanya 100v sahaja. Jika anda ingin sangat guna streka, cari lah Streka yang Boleh adjust voltage ke 110v. nak guna juga yang 240v? smpai esok pagi streka anda tidak panas….hehehe

 

Charger telefon kebanyakan tiada masalah, purata voltage purata 100v- 240v (rujuk gambar)

2) Sewa Wireless Router

 

Zaman teknologi ini internet sudah menjadi keperluan, apatah lagi ingin menggunakan Maps untuk mancari lokasi , mencari informasi atau pun nak akses train…cari poket wireless yang anda boleh guna disana…Mudah sahaja, sebelum anda berlepas, di Airport KLIA ada kiosk menawarkan poket wifi. anda boleh sewa atau beli terus…dan guna bila tiba disanaa..senang bukan?

3) Guna Pasmo Kad

 

Pasmo Kad yang popular di Jepun, ia lebih kurang macam Kad touch N Go, warga jepun lebih gemar menggunakan pengangkutan awam dari menggunakan kenderaan sendiri. Jadi penggunaan kad ini amat berguna untuk anda, menjimatkan masa tidak perlu beratur panjang, sesuai untuk jarak dekat.

 

anda boleh dapatkan di mana mana semua stesen kereta api, stesen subway dan stesen bas. Topup Pasmo bemula 1000 -10000 yen, permulaan kad bermula 500 yen.

4) Print alamat hotel, Restoran dan tempat lawatan dalam bahasa jepun.

 

Kebanyakan orang jepun tidak memahami bahasa asing selain dari bahasa mereka sendiri. jadi sebelum anda berlepas, anda “print” dahulu maklumat hotel dalam bahasa jepun. andai kata ada perkara tidak diingini berlaku, anda boleh minta bantuan awam disana.

5) Aktifkan Kad bank untuk penggunaan antarabangsa

 

Sebelum anda berlepas jauh dari halaman rumah, pastikan anda aktifkan penggunaan kad antarabangsa. sebagai contoh Maybank menggunakan fungsi ATM PLUS. anda boleh aktifkan terus dari internet banking , atm atau anda boleh hubungi “customer services” untuk aktifkan kad anda. jika anda gunakan kad kredit, maklumkan kepada mereka supaya kad anda boleh di guna di luar negara.

6) “Download” Apps Learn Japanese

 

Anda boleh Download dahulu Learn Japanese untuk kemudahan anda disana, anda boleh berinteraksi/ komunikasi dan membuat terjemahan ke bahasa jepun

 

Atau

 

anda boleh guna aplikasi ” Google Translate” dan anda boleh menaip dan bercakap terus ke App tersebut dan google translate akan terjemah bahasa english – japan – english. Admin sarankan penggunaan English sebagai bahasa pengantara untuk terjemahan yang jelas. Anda juga boleh mengambil gambar dan automatik ia akan berubah bahasa tersebut.

7) Eskelator : berdiri sebelah Kiri Tokyo, Berdiri sebelah Kanan Osaka

 

PERHATIAN!!! JANGAN BAWA BUDAYA KITA KE jEPUN!!!

 

Admin tak marah….nak ingat kan je,,,,Warga Jepun Sangat menitik berat Adab dan etika dalam kehidupan seharian. Jika anda menaiki eskelator, dan anda berdiri, pastikan anda berdiri disebelah dan beri ruang kosong untuk orang lain yang berjalan kaki naik/turun.

 

Jika anda tidak pasti, perhati kan dulu cara mereka naik Eskelator…dan ikut…..

8) Air selamat di minum

 

Anda jangan risau, anda boleh terus minum dari kepala paip. air di jepun selamat untuk diminum, ia juga salah satu cara untuk berjimat tau…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KOPETRO TRAVEL & TOURS SDN BHD (150892K)

  • B-0-5, Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Telefon: (603) 2164 1577 / 2161 7709

  • Emel: kopetrotravel@kopetro.com.my

         

HUBUNGI KAMI

© Copyright 2019 by Kopetro Travel & Tours Sdn. Bhd.