OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Imam_Al-Bukhari_memorial_komlpex
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sejarah Imam Bukhari yang perlu anda tahu

 

Sedikit sejarah tentang Imam Al-Bukhary

 

Nama Beliau sebenar adalah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin Al-Jufiy Albukhari. Beliau berketurunan Parsi. Dilahirkan pada Hari Jumaat 13 Syawal 194H bersamaan 20 Julai 810M di bukhara, Uzbekistan. Nama Al- Bukhari disandarkan nama tempatt beliau dilahirkan ( Bukhara, Uzbekistan)

 

Imam Bukhari adalah anak yatim. beliau sejak kecil lagi sudah kematian ayah nya dan dijaga sepenuh nya oleh ibu nya . Sejak Kecil Lagi ibunya ambil peranan mendidik imam bukhari dalam bidang agama. Beliau sangat cenderung untuk menghafal Hadith-hadith Nabi

 

Imam al-Bukhari merupakan seorang yang rajin menghadiri majlis-majlis ilmu. Ketokohan Beliau dalam bidang hadith sudah menonjol sejak kecil lagi. Kisahnya beliau menegur seorang guru yang ahli hadith ketika guru tersebut sedang menyampaikan pengajian. Guru tersebut adalah al-Allamah al-Dakhili, beliau tersalah dalam meriwayatkan sanad hadith. Waktu itu usia imam bukhari 11 tahun. Kita ketahui bahawa imam al-Bukhari merupakan seorang yang cerdik dan rajin dalam menuntut ilmu. Ini dapat dilihat ketika usia beliau masih kecil lagi.

 

Al-Bukhari mulai belajar hadith saat masih muda, Pada usia 16 tahun, beliau telah menghafal banyak kitab ulama terkenal, seperti Ibn al-Mubarak, Waki‟, dan sebagainya. Ia tidak berhenti pada menghafal hadith dan kitab ulama awal, tapi juga mempelajari biografi seluruh periwayat yang ambil bahagian dalam periwayatan suatu hadith, tanggal kelahiran dan wafat mereka, tempat lahir mereka dan sebagainya.

 

kitab hadith yang ditulisnya memerlukan jumlah guru tidak kurang daripada 1,080 orang guru hadith. Al-Bukhari diakui memiliki daya hafalan yang tinggi, yang diakui oleh abangnya Rasyid bin Ismail. Abang al-Bukhari ini menceritakankan, pernah al-Bukhari masih muda dan beberapa murid lainnya mengikuti kuliah dan ceramah cendekiawan Balkh. Tidak seperti murid lainnya, al-Bukhari tidak pernah membuat catatan kuliah. Ia sering dicela membuang waktu kerana tidak mencatat, namun al-Bukhari diam tidak menjawab. Suatu hari, karena merasa kesal terhadap celaan itu. Bukhari meminta rakan-rakannya membawa catatan mereka, kemudian beliau membacakan secara tepat apa yang pernah disampaikan selama dalam kuliah dan ceramah tersebut. Tercenganglah mereka semua, lantaran Bukhari ternyata hafal di luar kepala 15,000 hadith, lengkap dengan keterangan yang tidak sempat mereka catat.

 

Riwayat popular tentang al-Bukhari sebagai ulama hadith adalah ketika ia memasuki kota Baghdad. Di sana terlibat dalam suatu majlis ulama hadith. Terdapat 10 orang ulama yang masing-masing membacakan 10 hadith dengan sanad dan matan yang diculangcalingkan. Beberapa orang dicoba untuk memberi komentar tentang hadith yang dibacakan tadi. Tidak seorang pun melaksanakan tugas dengan memuaskan. Akhirnya al-Bukhari tampil memberi komentar hingga orang ke sepuluh, sehingga genap seluruhnya 100 hadith. Tidak seorang ulamak pun membantah atas komentar al-Bukhari tersebut. Kerananya tidak heran kalau hadith riwayat al-Bukhari dinilai paling berkualiti dibandingkan dengan riwayat yang lain. Hadith pertama terdapat keterbalikan sanad begini, dan matan begini.

 

Kewafatan Imam al-Bukhari

Telah berkata Abdul Quddus bin Abd al-Jabbar al-Samarqandi:

 

فَسَمِعْتُهُ لَيْلَةَ مِنَ اللَّيَالِي وَقَدْ فَرَغَ مِنْ صَلَاةِ اللَّيْلِ ، يَدْعُو وَيَقُوْلُ فِيْ دُعَائِهِ : اللهُمَّ إِنَّهُ قَدْ ضَاقَتْ عَلَيَّ الأَرْض بِمَا رَحُبَتْ فَاقْبِضْنِيْ إِلَيْكَ . قَالَ : فَمَا تَمَّ الشَّهْر حَتَّى قَبَضَهُ الله تَعَالَى

 

Maksudnya: Pada satu malam, aku terdengar beliau (imam al-Bukhari) berdoa setelah selesai solat malam, “Ya Allah dunia telah sempit bagiku, sedangkan ianya luas, maka Kau cabutlah nyawaku wahai Allah”. Tidak sampai sebulan selepas itu, Allah SWT telah memperkenankan doanya.

 

Beliau meninggal dunia pada malam aidilfiri tahun 256 Hijrah, setelah hidup selama 62 tahun kurang 13 hari.

 

Telah berkata Yahya bin Ja’far selepas kematian imam al-Bukhari:

مَوْتُ محمد بِنْ إِسْمَاعِيْل ذِهَابُ العِلْمِ

Maksudnya: “Kematian Muhammad bin Ismail bererti perginya (hilangnya) ilmu”.

 

Cukup panjang untuk dibicarakan tentang sejarah dan kehidupan sepanjang hidup Beliau. Jasa beliau merawi hadith dan kita berpegang hadith Sahih Imam Bukhari.

 

Maqam beliau terletak di Samarqand, Uzbekistan, terletak 280 Km dari kelahiran asal beliau di Bukhara.

 

Rujukan & kredit : myhadith.islam.gov.my

Leave a Reply

KOPETRO TRAVEL & TOURS SDN BHD (150892K)

  • B-0-5, Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Telefon: (603) 2164 1577 / 2161 7709

  • Emel: kopetrotravel@kopetro.com.my

         

HUBUNGI KAMI

© Copyright 2020 by Kopetro Travel & Tours Sdn. Bhd.