PERBEZAAN WARNA PASSPORT DIDUNIA

Tahukah anda? Ada bezanya warna – warna passport didunia

Jika anda perasaan terdapat beberapa warna passport yang berbeza, Kita rakyat Malaysia, memegang passport warna merah, tapi ada juga negara lain berwarna hitam, ada yang hijau dan ada juga warna biru.

 

Menurut Harant Boghossian, presiden Arton Group yang menjalankan data interaktif passport indeks. Passport adalah berdasarkan kepada empat warna standard (warna Merah, biru, Hijau & hitam). Bentuk Dan saiz juga telah ditetapkan sepertimana diisukan oleh organisasi penerbangan awam antarabangsa @ Civil Aviation (ICIO).

 

Setiap kerajaan (negara) boleh memilih warna dan reka bentuk dokumen nasional mereka dan terdapat pelbagai senario yang menjelaskan pemilihan tersebut.

green

Passport Warna hijau melambangkan Warna islam, Warna hijau banyak digunakan oleh negara Pakistan, Morocco dan Arab Saudi. Kebanyakan negara islam menggunakan warna hijau sebagai simbolik ketenangan dan kahidupan

black

Warna hitam pula digunakan oleh negara-negara Afrika seperti Liberia, Malawi dan Uganda. Motif penggunaan warna hitam supaya dilihat lebih rasmi, menyerlahkan simbol negara yang kontra serta tonanya dan passport terlihat kurang kotor.

blue

Warna biru sebagai simbolik dunia baru. Contohnya Amerika Utara, Amerika Selatan dan Oceania serta digunakan oleh 15 buah negara Caribbean dan negara yang bergantung kepadanya.

red

Warna merah tua juga digunakan oleh ahli European Union dan negara yang berminat menyertai kesatuan tersebut.

Warna merah turut dikaitkan dengan sejarah penglibatan komunis dalam sesebuah negara. Contoh Rusia dan China.

Namun begitu, warna merah juga dikira sebagai identiti negara. Contoh negara Switzerland, ia menggunakan warna merah cerah sama seperti identiti negara dan benderanya.

Pasport negara kita berwarna merah. Apakah maknanya? Adakah ia dikaitkan dengan komunis? Atau diambil dari salah satu warna bendera Malaysia?

passport map

Taburan warna passport di peta Dunia

Leave a Reply

KOPETRO TRAVEL & TOURS SDN BHD (150892K)

  • B-0-5, Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Telefon: (603) 2164 1577 / 2161 7709

  • Emel: kopetrotravel@kopetro.com.my

         

HUBUNGI KAMI

© Copyright 2020 by Kopetro Travel & Tours Sdn. Bhd.