PASSPORT HILANG, BAGAIMANA INGIN DAPATKAN SEMULA?

Malang tidak berbau. Itulah peribahasa yang sesuai jika musibah berlaku pada diri kita. Musibah tidak pernah beri “hint” kepada kita. Apatah lagi ketika Melancong, sedang leka bersuka ria, anda berjalan- jalan bersama kawan, membeli cenderahati untuk dibawa balik. Tiba – tiba anda perasan “wallet” dan passport hilang?. melihat beg sedikit terbuka, perasaan yang berdebar menyelongkar semua isi didalam beg tapi tiada. Bayangkan anda situasi begitu, bagaimana perasaan anda ketika itu?cuak kan?

IMG_20170502_112942

apa perlu boleh buat, anggap sahaja ini ujian dari Allah sebagai cara penghapus dosa. Walaupun Kita menjaga barang peribadi sebaik mungkin, jika takdir kita di timpa musibah. Redha sahaja.

Anda perlu ingat, Anda tetap perlukan Passport untuk penerbangan balik atau pemeriksaan sempadan negara (jika ada). tidak kira apa alasan anda, anda tetap perlukan passport. Jika tidak, anda di anggap pendatang haram, lagi parah . Anda tidak perlu panik atau buntu bagaimana untuk dpatkan passport anda semula. Beberapa langkah yang anda boleh ikut untuk mendapatkan passport baru. jangan di kenang lagi akan passport lama itu.

LAPOR – Anda dikehendaki buat laporan polis dahulu di mana lokasi passport anda hilang. anda tidak digallakan membuat laporan polis di tempat lain, tetapi passport anda hilang di tempat lain. Sebagai contoh; Passport anda hilang di Eiffel tower, Paris, Tapi anda buat laporan polis di Brussles. Elakkan. Ia akan menyebabkan timbul beberapa issue berkaitan imigresen nanti. Dapatkan Salinan laporan polis dari balai tersebut. Anda perlu sabar, jangan “Push” Pegawai untuk cepat. jika tidak anda tidak salinan laporan

Laporan polis sudah dapat, Selepas itu? Sebelum anda ke pejabat kedutaan Malaysia, pastikan anda ada 2 keping gambar bersaiz passport berlatarbelakang warna putih. Ini Wajib. Bagaimana? anda pergi mana-mana kedai gambar atau anda boleh jumpa mesin ambil gambar autimatik (jika jumpa). Saiz gambar standard passport saiz, bukan saiz umrah yea dan pastikan ia berlatar warna putih. anda digallakan bawa siap2 gambar 2 keping sebagai simpanan anda. Andai ini terjadi, anda sudah siap sedia, tidak perlu lagi cari kedai gambar untuk ambil foto.

Kenal pasti dimana lokasi pejabat kedutaan Malaysia. Kebanyakan negara eropah atau negara lain ada satu(1) pejabat kedutaan Malaysia. sebagai contoh, pejabat kedutaan malaysia di Netherland terletak di The hague. Disarankan datang awal ke pejabat dan mohon untuk dapatkan passport kecemasan (emergency passport). Anda jangan risau pegawai yang bertugas sedia bantu dapatkan passport kecemasan untuk anda. Isi borang permohonan dan beberapa dokumen sokongan seperti salinan Ic, jadual penerbangan, gambar dan juga Report asal. insya allah anda tunggu je passport anda siap. Pegawai kedutaan juga akan temuduga sikit2. biasa tu.

Anda pernah “apply” Insuran perjalanan?.Ada? Jangan lupa tuntut. Jika anda mohon insuran perjalanan dan terjadi perkara sebegini, anda dilindungi. apa yang perlu anda buat, simpan segala resit perbelanjaan(asal) seperti transport ke pejabat kedutaan, dan resit bayaran passport. bawa sekali bersama2 semasa tuntuan Insuran. mudah kan?

Kami harap sedikit sebanyak menjadi manfaat kepada anda semua. Malang tidak berbau. Dapatkan bantuan jika anda ditimpa musibah sebegini.

Category: JURNAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KOPETRO TRAVEL & TOURS SDN BHD (150892K)

  • B-0-5, Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Telefon: (603) 2164 1577 / 2161 7709

  • Emel: kopetrotravel@kopetro.com.my

         

HUBUNGI KAMI

© Copyright 2019 by Kopetro Travel & Tours Sdn. Bhd.