PAKEJ UMRAH ZIARAH 2020

SHARJAH + DUBAI (08 HOURS CITY TOUR)

PAKEJ

UMRAH ZIARAH SHARJAH + DUBAI (08 HOURS CITY TOUR)

TARIKH BERLEPAS

05 FEB - 15 FEB 2020

PENERBANGAN TERUS

AIR ARABIA

Harga pakej “ALL IN” termasuk tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api, visa Umrah, penginapan, pengangkutan, makan dan minum, perkhidmatan mutawif dan Insurans.

Tarikh penerbangan adalah sah (Confirm Departure). Anda boleh membuat tempahan terus kepada wakil jualan atau “walk in” mana-mana cawangan KOPETROTravel & Tours Sdn bhd

VIEW THE PHOTOS

Dari RM 5190/pax

Assalamualaikum. Alhamdulillah ibu dan ibu mertua sudah selamat tiba di rumah. Terima kasih KOPETRO Travel & Tours. Patutlah ramai memilih syarikat ini. Perkhidmatan sepanjang Umrah yang terbaik dan pengurusan sangat2 membanggakan. Tahniah!

Rozana Shahrizal

Umrah 11-21 Okt 2018 !

TARIKH BERLEPAS TARIKH KEMBALI (BIL HARI) HARGA BILIK BER-4 (RM/PAX) HARGA BILIK BER-3 (RM/PAX) HARGA BILIK BER-2 (RM/PAX)
PREMIUM PLATINUM PREMIUM PLATINUM PREMIUM PLATINUM
05-02-2020 15-02-2020 (12H/10M) 5,190 5,990 5,490 6,290 6,090 6,790
*Tarikh penerbangan, pesawat, hotel, aturcara perjalanan, tempat lawatan dan harga tertakluk kepada pindaan semasa.

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Pengangkutan bas disediakan untuk perjalanan dari Lapangan Terbang ke Hotel Makkah & MadinahYA
  • Penginapan 5H/4M di MadinahYA
  • Penginapan 7H/6M di MakkahYA
  • Tiket penerbangan pergi dan balik mengikut penerbangan berjadual oleh Air ArabiaYA
  • Perkhidmatan Mutawwif/Mutawwifah & Tour Leader disediakanYA
  • 2x Jumaat (1x Madinah / 1x Makkah) – Mengikut pada Tarikh penerbanganYA
  • Air Zam-zamYA
  • Yuran untuk visa umrahYA
  • Buku panduan umrahYA
  • Kain ihram (L) atau Telekung (P)YA

ATURCARA LAWATAN

HARI 01 : 05 FEBRUARI 2020 (RABU) KUALA LUMPUR – SHARJAH – MADINAH

Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk akan dibantu oleh kakitangan kami. Jemaah tiba di Sarjah untuk membuat lawatan bandar selama 8 jam di sekitar bandar Sarjah dan Dubai. Selesai lawatan bandar, jemaah berlepas ke Madinah. Tiba di Madinah, jemaah akan dibawa check in hotel.

HARI 02 : 06 FEBRUARI 2020 (KHAMIS) MADINAH - ZIARAH DALAM

Jemaah akan dibawa menziarahi makam Rasulullah S.A.W dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah jemaah bebas untuk mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi.

HARI 03 : 07 FEBRUARI 2020 (JUMAAT) MADINAH - ZIARAH LUAR

Jemaah akan di bawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Makam Syuhada Uhud, dan diakhiri dengan berbelanja di Pasar kurma.

HARI 04 : 08 FEBRUARI 2020 (SABTU) MADINAH

Jemaah bebas untuk memperbanyakan ibadah di masjid atau mengerjakan umrah sendiri.

HARI 05 : 09 FEBRUARI 2020 (AHAD) MADINAH - MEKAH

Membuat persediaan untuk berihram seperti mandi sunat Ihram dan meletakkan beg masing-masing diluar bilik. Selepas solat zohor jemaah dinasihati menyempurnakan Ziarah selamat tinggal kepada Rasulullah S.A.W dan para sahabat, dengan berpakaian ihram. Jemaah makan tengahari dihotel. Jemaah dibawa ke Mekah dengan menaiki bas. Bas akan singgah di BIR ALI untuk miqat dan solat sunat ihram. Tiba di Mekah, jemaah akan dibawa check in hotel. Seterusnya, jemaah dibawa menyempurnakan ibadah umrah dengan bantuan ustaz atau mutawwif yang berpengalaman.

HARI 06 : 10 FEBRUARI 2020 (ISNIN) MEKAH

Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah dimasjid atau mengerjakan umrah.

HARI 07 : 11 FEBRUARI 2020 (SELASA) MEKAH / JA’RANAH

Seterusnya jemaah akan dibawah menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar kota Makkah iaitu Persekitaran Jabal Thur, Jabal Nur, Arafah (Jabal Rahmah), Mina dan Ja’ranah. Kepada jemaah yang ingin menunaikan umrah untuk kali seterusnya adalah dinasihatkan supaya berihram di Ja’ranah untuk miqat.

HARI 08 : 12 FEBRUARI 2020 (RABU) MEKAH

Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah dimasjid atau mengerjakan umrah.

HARI 09 : 13 FEBRUARI 2020 (KHAMIS) MEKAH - HUDAIBIYAH

Seterusnya jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah, jemaah akan dibawa melawat Muzium Mekah (tertakluk kepada kelulusan). Bagi yang hendak menunaikan umrah boleh bermiqat di Hudaibiyah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.

HARI 10 : 14 FEBRUARI 2020 (JUMAAT) MEKAH

Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di masjid atau mengerjakan umrah.

HARI 11 : 15 FEBRUARI 2020 (SABTU) MEKAH - JEDDAH – SHARJAH

Jemaah dinasihatkan supaya menyempurnakan Tawaf Wida’ sebelum meninggalkan Mekah. Tiba di lapangan terbang Jeddah, jemaah diminta mengambil beg masing-masing untuk urusan check in dan seterusnya berangkat ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Air Arabia.

HARI 12 : 16 FEBRUARI 2020 (AHAD) SHARJAH - KUALA LUMPUR

In shaa Allah, jemaah bakal tiba di KLIA pada jam 2 pagi.

JURNAL PERJALANANKU

Ketahui kisah perjalananku ini dengan lebih lanjut lagi

ANDA JUGA MUNGKIN BERMINAT

HANOI HALONG BAY 4H3M

BANDA ACEH 4H3M

PERTH 4H3M FREE & EASY

SYDNEY FREE & EASY 4H3M

KOPETRO TRAVEL & TOURS SDN BHD (150892K)

  • B-0-5, Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Telefon: (603) 2164 1577 / 2161 7709

  • Emel: kopetrotravel@kopetro.com.my

         

HUBUNGI KAMI

© Copyright 2019 by Kopetro Travel & Tours Sdn. Bhd.