PAKEJ UMRAH 2019/2020

PENERBANGAN ISTIMEWA SEMPENA MATTA FAIR 2019

PAKEJ

PAKEJ UMRAH 12HARI 10MALAM

TARIKH BERLEPAS

22 DIS - 02 JAN 2020
22 JAN - 01/02 FEB 2020
19 FEB - 29 FEB 2020
19 MAR - 29/30 MAR 2020

PENERBANGAN TERUS

SAUDIA AIRLINES

Harga pakej termasuk tiket penerbangan, cukai lapangan terbang dan surcaj bahan api, visa Umrah, penginapan, pengangkutan, perkhidmatan mutawif dan Insurans.

Tarikh penerbangan adalah sah (Confirm Departure). Anda boleh membuat tempahan terus kepada wakil jualan atau “walk in” mana-mana cawangan KOPETROTravel & Tours Sdn bhd

VIEW THE PHOTOS

Dari RM 4999/pax

Assalamualaikum. Alhamdulillah ibu dan ibu mertua sudah selamat tiba di rumah. Terima kasih KOPETRO Travel & Tours. Patutlah ramai memilih syarikat ini. Perkhidmatan sepanjang Umrah yang terbaik dan pengurusan sangat2 membanggakan. Tahniah!

Rozana Shahrizal

Umrah 11-21 Okt 2018 !

TARIKH BERLEPAS TARIKH KEMBALI (BIL HARI) HARGA BILIK BER-4 (RM/PAX) HARGA BILIK BER-3 (RM/PAX) HARGA BILIK BER-2 (RM/PAX)
PREMIUM PLATINUM PREMIUM PLATINUM PREMIUM PLATINUM
22-12-2019 02-01-2020 (12H/10M) 4,999 7,199 5,299 7,599 5,799 8,499
22-01-2020 01/02-02-2020 (12H/10M) 4,999 5,799 5,299 6,099 5,799 6,599
19-02-2020 29-02-2020 (12H/10M) 4,999 5,799 5,299 6,099 5,799 6,599
19-03-2020 29/30-03-2020 (12H/10M) 5,299 6,099 5,499 6,399 6,099 6,899
*Tarikh penerbangan, pesawat, hotel, aturcara perjalanan, tempat lawatan dan harga tertakluk kepada pindaan semasa.
PENERBANGAN TARIKH SKTOR MASA BERLEPAS MASA KETIBAAN
SV 835 22-12-2019 KUL/JED 1930 2320
SV 834 02-01-2020 JED/KUL 0435 1750
* Tertakluk pada perubahan yang dibuat oleh syarikat penerbangan.
* (+1) merujuk kepada pesawat ketibaan hari berikutnya.

HARGA PAKEJ TERMASUK

  • Pengangkutan bas disediakan untuk perjalanan dari Lapangan Terbang ke Hotel Makkah & MadinahYA
  • Penginapan 5H/4M di MadinahYA
  • Penginapan 7H/6M di MakkahYA
  • Tiket penerbangan pergi dan balik mengikut penerbangan berjadual oleh Syarikat SaudiaYA
  • Perkhidmatan Mutawwif/Mutawwifah & Tour Leader disediakanYA
  • 2x Jumaat (1x Madinah / 1x Makkah) – Mengikut pada Tarikh penerbanganYA
  • Air Zam-zamYA
  • Yuran untuk visa umrahYA
  • Buku panduan umrahYA

ATURCARA LAWATAN

HARI 01 : 22 DEC 2019 (AHAD) KUALA LUMPUR – JEDDAH – MADINAH

Jemaah diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum waktu berlepas. Urusan daftar masuk akan dibantu oleh kakitangan kami setiba di Jeddah jemaah akan dibawa ke Imigresen. Selesai urusan imigresen jemaah diminta mengambil beg masing-masing untuk pemeriksaan kastam dan seterusnya disambut oleh kakitangan kami bagi meneruskan perjalanan ke Madinah dengan menaiki bas.

HARI 02 : 23 DEC 2019 (ISNIN) MADINAH

Tiba di Madinah, jemaah akan dibawa check-in hotel. Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di masjid.

HARI 03 : 24 DEC 2019 (SELASA) MADINAH – ZIARAH DALAM

Seterusnya jemaah akan dibawa menziarahi makam Rasulullah S.A.W dan para sahabat, Raudhah dan perkuburan Baqi’. Selesai ziarah jemaah bebas untuk mengisi masa lapang dengan memperbanyakkan ibadah di Masjid Nabawi.

HARI 04 : 25 DEC 2019 (RABU) MADINAH – ZIARAH LUAR

Jemaah akan di bawa menziarahi tempat-tempat bersejarah disekitar Kota Madinah seperti Masjid Quba, Masjid Tujuh, Masjid Qiblatain, Makam Syuhada Uhud, dan diakhiri dengan membeli kurma di kebun kurma.

HARI 05 : 26 DEC 2019 (KHAMIS) MADINAH - MEKAH

Membuat persediaan untuk berihram seperti mandi sunat Ihram dan meletakkan beg masing-masing diluar bilik. Selepas solat zohor jemaah dinasihati menyempurnakan ziarah selamat tinggal kepada Rasulullah S.A.W dan para sahabat, dengan berpakaian ihram. Jemaah makan tengahari di hotel. Jemaah dibawa ke Mekah dengan menaiki bas. Bas akan singgah di BIR ALI untuk miqat dan solat sunat ihram. Tiba di Mekah, jemaah akan dibawa check-in hotel. Seterusnya jemaah dibawa menyempurnakan ibadah umrah dengan bantuan ustaz atau mutawwif yang berpengalaman.

HARI 06 : 27 DEC 2019 (JUMAAT) MEKAH

Jemaah solat Jumaat berjemaah di Masjidil Haram.

HARI 07 : 28 DEC 2019 (SABTU) MEKAH - JA’RANAH

Seterusnya jemaah akan dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Kota Makkah iaitu Persekitaran Jabal Thur, Jabal Nur, Arafah (Jabal Rahmah), Mina dan Ja’ranah. Kepada jemaah yang ingin menunaikan umrah untuk kali seterusnya adalah dinasihatkan supaya berihram di Ja’ranah untuk miqat.

HARI 08 : 29 DEC 2019 (AHAD) MEKAH

Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di masjid atau mengerjakan umrah.

HARI 09 : 30 DEC 2019 (ISNIN) MEKAH – HUDAIBIYAH

Seterusnya jemaah akan dibawa ke Hudaibiyah, melawat Muzium Mekah (tertakluk kepada kelulusan). Bagi yang hendak menunaikan umrah boleh bermiqat di Hudaibiyah. Seterusnya, jemaah bebas untuk beribadat.

HARI 10 : 31 DEC 2019 (SELASA) MEKAH

Jemaah bebas untuk memperbanyakkan ibadah di masjid atau mengerjakan umrah.

HARI 11 : 01 JAN 2020 (RABU) MEKAH - JEDDAH

Jemaah dinasihatkan supaya menyempurnakan Tawaf Wida’ sebelum meninggalkan Mekah. Tiba di Jeddah Airport, jemaah diminta mengambil beg masing-masing untuk urusan check-in dan seterusnya berangkat ke Kuala Lumpur dengan penerbangan Saudi Airlines.

HARI 12 : 02 JAN 2020 (KHAMIS) JEDDAH / KUALA LUMPUR

In shaa Allah, jemaah tiba di KLIA.

JURNAL PERJALANANKU

Ketahui kisah perjalananku ini dengan lebih lanjut lagi

ANDA JUGA MUNGKIN BERMINAT

HANOI HALONG BAY 4H3M

BANDA ACEH 4H3M

PERTH 4H3M FREE & EASY

SYDNEY FREE & EASY 4H3M

KOPETRO TRAVEL & TOURS SDN BHD (150892K)

  • B-0-5, Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Telefon: (603) 2164 1577 / 2161 7709

  • Emel: kopetrotravel@kopetro.com.my

         

HUBUNGI KAMI

© Copyright 2019 by Kopetro Travel & Tours Sdn. Bhd.