PAKEJ

UZBEKISTAN (Tashkent/Bukhara/Samarkand)
8 Hari 6 Malam

TARIKH

Tarif harga mengikut tarikh perlepasan.

MINIMA

Lawatan bermula dari minimum 20 orang

Harga Lawatan  Tarikh Pelepasan Dewasa (MYR/Seorang) Kanak² (MYR/Seorang)
Berdua/Bertiga Perseorangan Dengan Katil Tanpa Katil
18 – 25 Ogos 4,999 5,800 4,170 3,700
22 – 29 Sep 4,999 5,800 4,170 3,700
03 – 10 Nov 4,999 5,800 4,170 3,700
* Harga tertakluk pada perubahan pertukaran matawang antarabangsa, kekosongan bilik dan tempat duduk dalam pesawat.
Pesawat Pelepasan ETD Ketibaan ETA
Pergi HY 552 K. LUMPUR 11:45 TASHKENT 16:40
HY1321 TASHKENT 07:30 BUKHARA 09:10
Balik HY 551 TASHKENT 21:20 SINGAPURA 08:10+1
HY 551 SINGAPURA 09:10 K. LUMPUR 10:35
* Tertakluk pada perubahan yang dibuat oleh syarikat penerbangan.
* (+1) merujuk kepada pesawat ketibaan hari berikutnya.
Harga pakej termasuk
  • Penerbangan 2-hala, cukai & surcaj

  • Penginapan di hotel & sarapan

  • Penghantaran 2-hala lapangan terbang

  • Tempat lawatan seperti yang dinyatakan

  • Kenderaan berhawa dingin untuk lawatan

  • Pemandu & pengiring pelancong

  • Pembayaran Tips

Harga pakej tidak termasuk
  • Perbelanjaan peribadi

  • Lawatan tambahan

  • Insurans perjalanan

  • Visa kemasukan (jika perlu)

  • Surcaj hari minggu/perayaan/waktu puncak

  • Caj lebihan bagasi

Nota penting
  • Harga dan hotel penginapan tertakluk pada perubahan tanpa sebarang notis.

  • Tiada sebarang tempahan dibuat buat masa ini.

  • Semua perubahan/pembatalan tertakluk kepada caj tertentu.

  • Semua tempahan dan bayaran hendaklah dibuat 30 hari sebelum tarikh berlepas.

Aturcara lawatan

HARI 01: KUALA LUMPUR ✈ TASHKENT (MM)

Mendaftar masuk di KLIA utk penerbangan ke Tashkent. Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Tashkent dan disambut oleh pengiring. Selepas selesai urusan kastam & imigresen, anda akan dibawa utk daftar masuk di hotel dan bebas utk aktiviti sendiri.

HARI 02: TASHKENT ✈ BUKHARA (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, bertolak ke lapangan terbang utk penerbangan ke Bukhara (1j30m). Tiba di Bukhara, melawat Registan, Ark Fortress, Bolo-Hauz Complex (1712), Ulug Beg (1417), Abdul Aziz Madrasah (1651), Makam Chashma-e-Ayub. Selepas makan tengahari, melawat Bakhauddin Naqshbandi Ensemble, Masjid Abdul Faiz Khan (1720) dan Masjid Muzaffar Khan (1870).

HARI 03: BUKHARA - SAMARKAND (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, bertolak ke Samarkand (268km). Dalam perjalan singgah ke Gijduvan (50km) utk ke Pusat Tembikar Alisher. Tembikar Gijduvan popular kerana teknik pembuatannya dan warnanya. Juga lawatan ke Kompleks Imam Bukhari. Perjalanan kemudiannya diteruskan ke Samarkand (218km).

HARI 04: SAMARKAND (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, melawat Gur Emir, makam pahlawan empayar Timur. Selepas itu, melawat Dataran Registan yg terdiri dari Madrasah Ulug-Bek (kurun ke-15); Madrasah Tillya-Kori & Madrasah Sher-Dor (kurun ke-17). Juga melawat tinggalan Empayar Timur seperti Masjid Bibi-Khanym, Silk Road Bazaar dan Shahi Zinda Nekropolis.

HARI 05: SAMARKAND - TASHKENT (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, bertolak Taskent (5jam) dengan bas. Tiba di Tashkent, daftar masuk hotel. Lawatan sekitar Tashkent; Dataran Mustaklik (Kemerdekaan) Theatrical Square-Navoi Opera & Ballet Theater, Dataran Amir Temur, Metro Station.

HARI 06: TASHKENT - MT CHIMGAN - TASHKENT (SP/MT/MM)

Selepas sarapan bertolak ke Chimgan Mountains (100km). Menaiki kereta kabel untuk ke atas gunung selama 30 minit perjalanan. Kemudian lawatan ke Charvak (12km). Selepas makan tengahari, kembali ke Tashkent.

HARI 07: TASHKENT ✈ KUALA LUMPUR (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, memulakan lawatan dgn melawat Kompleks Hazrati Imam yg terdiri dari Barakhan Madrasah, Masjid Hazrati Imam, Pusat Islam Imam Bukhari, Muzium Qaffol Shoshiy yang menempatkan naskhah asal Al-Quran rasm (corak penulisan) Uthmani yg ditulis diatas kulit rusa yg masih ada kesan darah Saidina Uthman R.A semasa dibunuh. Selepas makan tengahari, lawatan ke Kukeldash Madrasah, membeli-belah di Chor–Oriental Market dan Abdul Kasym Madrasah. Dihantar ke lapangan terbang selepas makan malam.

HARI 08: KETIBAAN DI KUALA LUMPUR

 

Muatturun Brosur

ANDA JUGA MUNGKIN BERMINAT

3H2M Ho Chi Minh (SIC)

4H3M Hanoi & Halong Bay

4H3M Gold Coast

4H3M Gold Coast (Free & Easy)

KOPETRO TRAVEL & TOURS SDN BHD (150892K)

  • B-0-5, Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Telefon: (603) 2164 1577 / 2161 7709

  • Emel: kopetrotravel@kopetro.com.my

         
Umrah

GALERI

HUBUNGI KAMI

© Copyright 2016 by Kopetro Travel & Tours Sdn. Bhd.