KETERUJAAN MENJEJAK KAKI DI BUMI KOREA

Saya pasti hampir semua orang ingin ke Korea. Pengaruhnya seperti K-Pop, Budaya & sehingga kepada makanan telah lama sampai di malaysia. betul tidak? cuba anda senaraikan artis Korea yang anda kenal? dan Restoran berasaskan makanan korea di Malaysia? yea, banyak, tidak hairan lah abang2x kakak2x jika anda kemana- mana mesti jumpa restoran- restoran korea. Penulis ingin cerita tentang negara Korea Selatan (South Korea) yea, Bukan Negara Korea Utara (North Korea)

Apa Ada pada Korea Selatan?

South Korea ialah sebuah negara terletak di Timur Benua Asia. Ia berjiran dengan Negara Jepun dan Korea utara. sehingga hari ini mereka tidak ngam lagi dengan Korea Utara. Jika anda ke sana penerbangan ambil masa 6 jam 20 minit dari Kuala lumpur ke Incheon. Ibu Negara Korea Selatan ialah Bandar Seoul dan Juga bandar-bandar lain seperti Incheoun, Busan, Jeju dan lain-lain

 

Pelbagai tempat menarik yang anda boleh kunjungi di sana, tetapi kami tidak senaraikan kesemuanya, anda perlu pergi sendiri ke Korea, Alami sendiri dan jelajah kesemua tempat menarik di Korea

 

TEMPAT – TEMPAT MENARIK DI SEKITAR SEOUL

 

-ITAEWON-

Dahulunya amat sukar mencari makanan halal tau, sekarang ini anda tidak perlu risau lagi untuk kesana, banyak restoran halal anda boleh jumpa disekitar Seoul dan Itaewon khususny. Dulu nya, Itaewon ini adalah penempatan askar amerika (American Army), sekarang ia jadi salah satu tarikan pelancong terutama pelancong muslim. Lebih mudah untuk pengunjung Muslim untuk menunaikan Solat, terdapat Masjid Besar Itaewon (Masjid utama di Seoul).

 

-MYEONG-DONG STREET & NAMDEMUN MARKET-

Tempat paling Popular jika anda ke Korea, Kalau anda Jenis kaki “shopping”, pasti terasa Ralat jika tidak kesana. Anda boleh dapatkan pelbagai barang seperti Cenderamata, baju-baju dan lain – lain dengan harga murah dan berbaloi. Pelbagai alat komestik popular di korea anda boleh dapati disana. Di Myeong-Dong Street ia lebih kepada barangan berjenama, komestik dan butik2 yang lain, manakala di Namdemun, Anda boleh dapatkan baju2 murah, brooch korea dan cenderamata di sana. Tidak “best” nya, Namdemun Market hanya buka sehingga 5 malam, jadi jika anda nak ke Korea, Pastikan anda smpai di Namdemun Market sebelum Jam 5 petang yea.

 

-NAMI ISLAND-

JANGAN KATA ANDA SAMPAI KOREA TAPI TIDAK PERGI NAMI ISLAND!!. Tempat wajib yang perlu kunjungi jika anda kesana. Dahulu nya Nami Island ini tidak dikenali, tetapi ia menjadi salah satu tempat popular di Seoul selepas pengambaran “winter Sonata” yang drama filem meletop2 di Malaysia dan Korea. Anda juga perlu tahu, bagaimana Nami Island itu terbentuk?. menarik tau. Banyak aktivi yang anda boleh lakukan disana seperti berbasikal, menaiki Tram dan macam2x lagi. lagi seronok jika bersama keluarga. jika anda pergi di musim sejuk, anda berpeluang melihat istana ais, pijak ais di tasik beku, tapi hati2x jangan sampai pecah…heheheh

 

-GYONGBOKGUNG PALACE-

Gyongbokgung Palace ialah Sebuah istana terletak di tengah2 Bandar Seoul, dan ia menempatkan pelbagai sektor seperti kompleks keraajaan, bilik Maharaja, dan lain – lain lagi. Istana ini besar, anda perlu berjalan masuk dari pintu lain dan keluar dari pintu lain. anda digallakkan bersama pemandu pelancong supaya mereka dapat menjelaskan di setiap bangunan yang ada dalam istana tersebut. Lagi “best” Anda boleh melaram dengan pakaian hanbook tau. alaaa, pakaian ala2 zaman korea dulu2.

 

Jika anda pergi dengan keluarga atau kawan2, jangan lupa singgah Everland Theme Park, Sebuah Taman Tema Outdoor terbesar di South Korea. Tak jauh, lebih kurang 40KM dari bandar seoul. Banyak lagi tempat – tempat menarik yang anda boleh kunjungi di Korea. Anda boleh menaiki Ferry Cruise menikmati pandangan di sepanjang Sungai Han (Han River Cruise), Fettite france (perkampungan france di Seoul), Seoul Tower (melihat panorama bandar Seoul) dan alami sendiri pengalaman membuat kimchi.

 

Jangan lupa, nikmati Makanan Ala – ala korea, pasti rasa nya tidak sama di malaysia Akhir sekali, belajar sikit2x bahasa Korea, seronok dapat komunikasi dengan mereka “annyeonghaseyo” “Kamsahamnida” heheheh, itu je saya tahu Jumpa di lain kali yea.

Anda ada perancangan untuk ke Korea? Klik Pautan laman web Kopetro Travel http://www.kopetrotravel.com.my/korea/  dan pilih mana-mana percutian anda inginkan. 

Category: JURNAL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KOPETRO TRAVEL & TOURS SDN BHD (150892K)

  • B-0-5, Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Telefon: (603) 2164 1577 / 2161 7709

  • Emel: kopetrotravel@kopetro.com.my

         

HUBUNGI KAMI

© Copyright 2019 by Kopetro Travel & Tours Sdn. Bhd.