Hikmah Melancong : Mengenali Adat & Budaya Negara Luar

IMG_20161031_143553
IMG_20170302_102145

Mengenali sesuatu budaya, adat dan adab di sesetengah negara luar kadang kala ia membuat kan kita berfikir sejenak? Hemmm betul juga yea…. Ingat Malaysia je ada adat yang kita amalkan selama ini. Rupanya di negara luar pun begitu.

 

Apa sebenarnya gambar ini nak ditunjukkan? Gambar ini diambil ketika trip korea dan Pulau jeju.

 

Haaaa saya jelaskan dulu gambar satu persatu.

 

Sebelah kiri adalah gambar pintu masuk “Seongeup Folk Village” di Jeju. Anda akan perasan tiga kayu bersusun melintang. Jika anda nak tahu, setiap susunan kayu ada maknanya tersendiri tau.

 

Jika 3 batang kayu disusun melintang (sepeti pagar), maknanya anda sesame sekali dilarang masuk. Sama ada tuan tanah tidak terima kunjungan atau tiada orang di rumah. Jika 1 kayu dijatuhkan (2 kayu masih melintang) anda boleh masuk tapi tiada orang di dalam nya. Jika 3 kayu dijatuhkan (seperti gambar diatas) haaaa, selamat dating diucapkan dari tuan rumah, anda boleh masuk dan tuan rumah akan layan penuh sepanjang anda di dalam nya. Menarik bukan? Jika anda ingin lalu kayu tersebut, anda perlu lalu sedikit ketengah sehingga kaki anda sedikit terangkat. Nak tahu kenapa? Tunggu saya akan cerita kan selepas gambar kedua.

 

Sebelah kanan adalah gambar pintu masuk di gyongbokgung palace, di istana tersebut banyak pintu masuk tapi ini adalah salah satu dari pintu-pintu di Istana tersebut.

 

Anda perasan dibawah pintu masuk, ada satu kayu merah melintang dan agak sedikit tinggi. Jika anda tidak berhati-hati, anda mungkin tersadung pada kayu tersebut dan kemungkinan jatuh…sakit tuh….Haaaa kenapa mereka dahulu nya sanggup berbuat demikian? Kenapa?

 

Mereka ingin mengajar dan didik orang ramai bagaimana adab untuk memasuk rumah/kawasan rumah orang. Mereka sangat menitik beratkan soal Hormat – menghormati sesama manusia. Balik kepada kayu tersebut, jika ada berjalan ke arah kayu, anda mengangkat sedikit kaki supaya melalui kayu tersebut? Apa jadi selepas itu? Secara automatik kepala anda akan tunduk bawah (untuk lihat kaki anda melepasi kayu) dan badan sedikit tertunduk rendah. Anda Nampak tak apa maknanya disitu? Pandai juga mereka (orang korea dulu) kan? Macam kita minta izin lalu depan orang tua, apa yang kita lakukan?

 

Begini la adat dan adab mereka ketika ingin masuk rumah/kawasan orang lain, mereka masuk penuh hormat dan rendah diri kepada tuan rumah…di Korea mereka amat menitik beratkan soal hormat ( respect) sesame lain. Begitu juga mereka bertanya khabar “Annyeonghaseyo” mereka akan sedikit tertunduk (sikit rukuk) Jom kita ke korea Musim Cuti Sekolah ini, Selain kita bergambar selfie, pelajari sedikti cara hidup mereka, sangat menarik. Jangan lepaskan peluang anda ke korea…

 

Kami menawarkan pakej Korea sempena cuti sekolah ini. Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.

Leave a Reply

KOPETRO TRAVEL & TOURS SDN BHD (150892K)

  • B-0-5, Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Telefon: (603) 2164 1577 / 2161 7709

  • Emel: kopetrotravel@kopetro.com.my

         

HUBUNGI KAMI

© Copyright 2020 by Kopetro Travel & Tours Sdn. Bhd.