33480663755_b17cdb4d13_o

5 lawatan menarik perlu anda pergi jika ke Guilin, China

 

Antara pilihan anda sama ada ingin ke Guilin atau ke Beijing? Mana satu pilihan anda? Jika anda bertanya kami, pasti nya kami memilih Guilin dahulu sebagai Percutian Pilihan. Sangat berbeza suasana persekitaran antara Beijing dan Guilin, Jika anda cinta kana lam semula jadi dan Keindahannya, Guilin adalah Pilihan Terbaik.

 

Kami ingin “highlight” 5 lawatan menarik yang mesti anda pergi jika ke Guilin

IMG_20170711_170920

Guilin Chongsan Mosque

Chongshan Mosque adalah masjid terbesar di Guilin yang terletak di pekan Xiangshan. Berkeluasan lebih dari 2000 mdibina dengan pengaruh senibina islam dan China. Terdapat dewan utama untuk solat, bilik Wudu’ dan bilik mengajar. Uniknya Masjid Chongshan mempunyai 24 tiang di bilik solat sahaja.

 

Sejarah ringkasnya, masjid ini dibina oleh Panglima Yongzheng semasa Dynasty Qing pada 1735. Masjid ini dibesarkan dan ubahsuai pada 2 kali pada tahun 1849 semasa panglima Daoguang dan semasa pemerintahan China kini. Lebih 200 tahun masjid berdiri utuh sehingga kini.

 

Anda tidak perlu risau dimana ingin solat kerana masjid ini berada lokasi strategik dan mudah untuk anda mencari Masjid di Guilin

Li River Cruise

Sungai Li, sungai menjadi tarikan Utama Pengunjung untuk datang ke Guilin. Keunikan Sungai Li ini adalah Bentuk alur Sungai yang berlekuk berliku mengikut setiap lembah dan bukit menjadikan landskap Guilin sangat menarik dan cantik melihatnya.

 

Ingin tahu lebih lanjut tentang sungai Li klik Pautan ini >>  

 

 
http://www.kopetrotravel.com.my/packages/guilin-yangshou-5h4m/ 

33203064830_aa90e65720_o
wKgBEFsupHSAfRC0AD4QIKzKqcc78

West Street

Siapa yang bercuti Ke Guilin tetapi tidak melawat West Street, anda di anggap pergi ke West Street. Ia terletak di Yangshou, 85 Kilometer dari bandar Guilin. Ia kawasan pejalan kaki sangat popular ( the most popular Street) , pelbagai jenis barangan, cenderahati dan makanan boleh terdapat di Sini. Menariknya, anda boleh melihat sendiri macam macam cara pekerja mempromosi kan produk dan barangan mereka. Jangan lepaskan peluang untuk minum air tembikai Segar dari buah. Murah je..

 

Silver Cave

Salah satu Lokasi wajib anda pergi, Silver Cave. 85 Km dari Guilin dan 18 Km Dari yangshou. Landskap gua yang sangat menakjubkan, sangat cantik dan berwarna warni efek cahaya lampu.

 

Anda perlu berjalan sejauh 2 Km kedalam gua tetapi penat tidak terasa, mata anda terpukau meilhat kiri kanan gua sangat cantik

silver cave 5
view-of-Guilin-from-Yao-Mountain-cable-cars

Yao Mountain

Lagi lokasi popular mesti anda pergi jika ke Guilin. Yao Mountain setinggi 800 Meter dari aras laut , anda perlu menaiki chair lift selama 20 minit. Sampai di puncak, anda boleh lihat sendiri panorama satu bandar guilin berlandskap gunung ganang yang menghiasi setiap sudut Guilin. Jangan lepaskan peluang anda menaiki Gliding menuruni kaki bukit dari atas.

Kami menawarkan pakej menarik ke Guilin 5 hari 4 malam dengan harga sangat menarik. Hubungi kami untuk maklumat lebih lanjut.

Klik Pautan Pakej untuk mengetahui lebih lanjut.

 

http://www.kopetrotravel.com.my/packages/guilin-yangshou-5h4m/

Leave a Reply

KOPETRO TRAVEL & TOURS SDN BHD (150892K)

  • B-0-5, Megan Avenue II, No. 12, Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • Telefon: (603) 2164 1577 / 2161 7709

  • Emel: kopetrotravel@kopetro.com.my

         

HUBUNGI KAMI

© Copyright 2020 by Kopetro Travel & Tours Sdn. Bhd.